Fadhilat Ramadhan
"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)
"Di dalam bulan Ramadhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari penunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan kesesatan)." (Al-Baqarah : 185)
Kemudian Allah Ta'ala berfirman pula :
"Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-Qadr.Lailatul-Qadr itu lebih utama dari seribu bulan." (Al-Qadr : 1-3)
Al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul-Qadr sebagai tanda khususiahnya.
Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, dan hari Jum'at ke hari Jum'at dan satu sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa diantara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar."
Sabda Rasulullah s.a.w mengenai bulan Ramadhan :
"Bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga"
Sabdanya lagi :
"Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya merdeka dari api neraka"
Sesungguhnya Allah Ta'ala kerap memerhatikan kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan. Siapa yang mendapat perhatian Allah ta'ala niscaya tidak disiksaNya. Dan seterusnya dia mengampunkan mereka pada malam akhir dari bulan Ramadhan.
Berkata Jibril a.s kepada Nabi s.a.w :
"Siapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tiada diampuni Allah Ta'ala, niscaya ia akan dijauhi Allah dari rahmatNya. Katakanlah amin! Maka Rasulullah s.a.w. berkata : Amin"
Pada bulan Ramadhan lebih mudah dicetuskan sebab-sebab mendapat pengampunan dari bulan-bulan yang lain. Lantaran itu tiada seseorang yang diharamkan memperoleh keampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak memalingkan diri dari Allah Ta'ala, dan sangat berat penentangannya, maka sebab itulah ia telah dijauhkan dan diusir dari pintu Allah.
Fadhilat Sembahyang Tarawih
Sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barang siapa yang mendirikan sembahyang tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas maka Allah s.w.t mengampuni dosanya yang telah lalu"
(maksud Al-Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim)
Diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib Rodhiallah Huanhu, ketika ditanya oleh sahabat-sahabat akan Rasulullah s.a.w. apakah kelebihan Sembahyang Tarawih di bulan Ramadhan, maka jawabnya :
� Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah
� Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
� Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau
� Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
� Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa
� Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini
� Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman
� Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam
� Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw
� Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat
� Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan
� Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
� Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan
� Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat
� Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya
� Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
� Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi
� Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)
� Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus
� Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin
� Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur
� Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar)
� Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur
� Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
� Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur
� Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat
� Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar
� Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat
� Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur
� Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama ‘Al-Kauthar’."
0 komentar:
Posting Komentar